Cinta Di Menara Al-Burj : menghiburkan dan lawak selamba
Mengisahkan Kartini ibu tunggal, Miza seorang isteri yang
dikatakan ada masalah ruimahtangga dan Marlia seorg andartu yang sudah
menjangkau 27 thn yang ghairah untuk mencari lelaki kaya. Telemovie ini telah
ditayangkan di Astro Prima 105. Seronok sekarang
pelakon-pelakon di Malaysia, kini dapat makan angin sambil berlakon di luar
negara pulak tu..AK pun nak jadi pelakon....eerr..berlakon dalam mimpi jer ler.
Peminat2 pun sekarang telah pandai menghargai pelakon-pelakon yang
berbakat.
Selain
menerapkan mesej persahabatan antara tiga sekawan, Kartini (Rozita), Marlia
(Noorkhiriah) dan Tasha (Miza), telefilem ini juga memaparkan konflik kehidupan
mereka bertiga. Ceritanya
mengisahkan Marlia (27) yang bergelar andartu bertambah takut untuk berkahwin
apabila dua kawan baiknya, Kartini dan Miza bergelut dengan kehidupan peribadi
masing-masing. Kartini bergelar
janda yang kuat bekerja manakala Miza berkahwin pada usia muda, tetapi sering
disepak terajang suaminya tetapi sebenarnya mereka berdua suka bertinju tomoi.
(suami Miza ~Aiman).
Kemuncaknya apabila Kartini membelanja separuh tambang kapal terbang dua
sahabatnya itu bercuti ke Abu Dhabi dan Dubai. Lucunya, Kartini dan Marlia
telah jatuh hati dengan seorang pemandu pelancong di sana, Rahman (Abdul
Rahman Suud,kelahiran Syria yang menetap di Malaysia).
Namun, Rahman lebih meminati Marlia yang tidak menyedari
lelaki itu sebenarnya sudah berkahwin tiga. Pada saat Marlia teruja cintanya
dibalas lelaki Arab yang kononnya kaya raya, Kartini melepaskan Rahman. Marlia begitu gembira dan sempat tarian hindustan lagi tu...hii..hii.. Kartini berjumpa dengan lelaki
Malaysia lakonan Fahrin iaitu seorang penjual barangan kesihatan dan telah tertarik. Ketika mereka hendak balik ke Malaysia, terdedahlah identiti lelaki (Fahrin) ialah seorang yang lelaki 'lembut'. Miza pula yang asalnya mahu membawa hati yang lara telah
kembali merindui suami. Tanpa diduga suaminya datang ke Timur Tengah itu untuk
kembali menawan hati Miza. Apalagi seronok gila semacam Miza bila suaminya datang.
Penerbitnya, Fadzil Teh berkata, jika telefilem itu menerima
sambutan baik, ia akan dijadikan drama bersiri. Selain itu, Zeel Production
turut menerbitkan drama Rindu Bertamu Di Abu Dhabi.
Pelakon yang terlibat dalam Cinta Di Menara
Al-Burj @ Cinta Di Burj Khalifa adalah pelakon sama dalam Rindu
Bertamu di Abu Dhabi seperti Tasha Shila, selain tu ada Rozita
Che Wan, Aiman Hakim, Fahrin dan Nur Khiriah. Khabarnya hampir semua pelakon
RBDAD dan CDMAB berada disana dekat sebulan.
Bagi peminat-peminat yang tak sempat menonton atau yg tak ada Astro ..harap-harap pihak yang berkaitan dapat menayangkan semula pada channel lain.
Sedikit pasal Burj Khalifa ( Menara Khalifa )ini, ia merupakan bangunan pencakar langit di Dubai yang terkenal. Tinggi bangunan ni ialah 828 meter (2
kali tinggi dari KLCC) dirasmikan pada 4 Januari 2010.
Bangunan Burj Khalifa menempatkan
pejabat2, hotel mewah dan restoran. Akan datang bangunan Nakheel Tower di
Dubai akan menjadi bangunan yg tertinggi di dunia. Arab Saudi ,Jeddah juga sedang membina menara pencakar langit berketinggian 1000 meter iaitu Kindom Tower.
AK ~ turut berasa bangga kerana filem-filem kita sekarang banyak yang bermutu dan di negara Asia Tenggara, Malaysia juga adalah pengeluar filem yang terbanyak di rantau ini yang melebihi 100 buah filem setahun mengatasi Thailad dan Indonesia. Ak, harap kualiti mesti selari dengan kuantiti juga, baru filem nasional akan diangkat ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti di Hollywood
5 Ungkapan Twitter terpilih bagi Pengikut AK dalam Twitter.
Saya balas mesej
pendek awak marah, saya tak mesej awak marah. Awak nak saya text panjang ke ?
Lebih baik awak couple dengan Maxis.
lebih baik hilangkan
ego untuk yang tersayang daripada hilang yang tersayang kerana ego.
Saya terfikir
bagaimana seorang pendiam couple dgn seorang yang pendiam juga? Mesti dia bawa
cengkerik sekali tiap kali keluar date kan ? ;D
Susah gak kalau sume
benda aku kena buat.... Lame2 leh mati gak mcm ni..
Akal ni mahal. Orang
yang berakal wajib solat. Orang yang tak berakal tak wajib solat. Orang yang
tak solat bermakna tak berakal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan