Ahad

Bagaimana Osama bin Laden terbunuh oleh Komando Seals

Kematian Osama Bin Laden.....oleh Matt Bissonnette @ Nama samaran (Mark Owen)

Osama Bin Laden-Lion Of Jihad
US Navy SEALs




VS







        Kisah kematian Osama Bin Laden digelar 'Lion Of Jihad 'pada tahun 2011 di Abbotabad, Pakistan telah menggemparkan seluruh dunia. Seorang pejuang yang dianggap sebagai 'pengganas' oleh Amerika telah terkorban dalam serangan mengejut komando Seals Amerika. Bermacam-macam cerita didengari selepas itu. Ada yang mengatakan berita tersebut adalah propaganda Amerika untuk melemahkan semangat pejuang Al-Qaeda dan ada yang juga yang marah kerana Amerika telah membuang jenazah / mayat beliau ke laut. Bukti gambar kematian Osama yang ditunjukkan sebelum ini dikatakan 'hoax' atau palsu dengan menggunakan photoshop.
Baru-baru ini buku terbitan Mark Owen 'No Easy Day' iaitu mengenai kisah serangan tentera US ke atas kubu Osama sudah dicetak dan akan laris dipasaran. Anggaran lebih kurang sebanyak 575,000 salinan telah dicetak dan telah menyebabkan Pentagon terkejut serta memberi amaran akan tindakan akan dikenakan ke atas Matt Bissonnette@Mark Owen. Beliau adalah salah seorang bekas pesara anggota elit tersebut.

Berikut adalah soroton peristiwa serangan pasukan US Navy SEALs  pada 1 May 2011. Pasukan US Navy SEALs bertolak dari pangkalan di Jalalabad, Afganistan. Operasi pergi dan balik memakan masa lebih 3 jam. Menurut Matt lagi operasi serangan hanya 30 minit sahaja berdasarkan minyak helikopter. Serangan komando Navy SEALs dalam tiga kumpulan dan menggunakan 2 buah helikopter Black Hawk. Salah sebuah daripadanya terhempas ketika mendarat di halaman. Bangunan perlindungan Osama Bin Laden ada 3 tingkat. Serangan bermula dari tingkat satu.Walaupun dalam suasana gelap di bangunan tersebut, pasukan Seals tidak mepunyai masalah kerana mereka menggunakan google 'night vision' dan semua kelihatan jelas dan berwarna hijau. Serangan tingkat pertama mereka telah berjaya membunuh Abrar Al-Kuwaitti dan isterinya Bushra yang cuba melompat untuk melindungi Abrar. Setiap pintu ke tingkat seterusnya mempunyai pagar besi dan dengan ini anggota Seals terpaksa meletupkannya untuk ke tingkat seterusnya.

Bangunan perlindungan Osama di Pakistan





      










Setelah tingkat pertama selesai dan selamat, mereka bergerak ke tingkat seterusnya. Salah seorang anggota Seals telah menembak salah seorang anak Osama iaitu Khalid dan mati di tingkat dua. Setelah melihat ada anggota kumpulan  Seals di tingkat tersebut serta mencukupi ,dia terus ke tingkat  3. Dia dan pasukan bergerak secara perlahan ke tingkat 3 dan menjangka akan berlaku pertempuran sengit. "Bopp..bopp"..satu pusingan tembakan dilepaskan. Dia hampir lima anak tangga hendak ke atas ketika itu. Seorang 'pointman' telah melihat seseorang sedang mengintip keluar dari sebelah kanan lorang iaitu kira 10 kaki dihadapannya. Dia juga tidak pasti samada tembakan tadi kena atau tidak. Pengintip tadi hilang ke dalam bilik gelap. Dengan berhati-hati mereka mendekati bilik tersebut dan melihat dua orang wanita menangis ke atas seseorang di kaki katil.
Kedua-dua wanita muda itu menggunakan jaket bunuh diri. Seorang anggota Seals terus menyambar dua orang wanita tersebut ke sudut kanan rumah demi keselamatan anggota yang lain.Menurutnya lagi, lelaki yang rebah itu menggunakan baju t-shirt putih tanpa lengan dan ada kesan tembakan sebelah kanan kepalanya. Dalam pada itu, lelaki tersebut masih bergerak-gerak dan demi keselamatan pasukannya, Owen dan anggota Seals lain menembak lebih pusingan ke dada sehingga lelaki itu kaku.






Operasi Serangan US Navy SEALs
Dalam pada itu untuk menentukan sama ada lelaki tersebut adalah Osama Laden, anggota Seals telah menyoal seorang budak perempuan dan seorang wanita dan mereka mengesahkan bahawa lelaki tersebut adalah Osama.  Anggota Seals membawa balik mayat Osama ke pangkalan di Jalalabad, Afganistan seterusnya dan hendak dipindahkan ke Bagram menggunakan lori. Sebelum bergerak, Admiral McRaven mahu melihat mayat tersebut. Ketika itu mayat Osama sudah kelihatan 'ashy' dan berwarna kelabu. Ketinggian serupa Osama iaitu 6 kaki 4 inci. Untuk menyukat ketinggian Osama, Admiral McRaven menyuruh salah seorang anggota berbaring bersebelahan dengan mayat Osama. Ianya kelihatan lucu. Ini adalah sebahagian cerita ringkas yang terdapat dalam buku Owen iaitu 'No Easy Day' yang akan mula dijual pada 5 Sept nanti berharga 18.99 pound sterling bergantung kepada keputusan Owen samada meneruskan penjualan atau membatalkannya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

akan bangkit lebih banyak osama