Hairan, Apalah nak dibanding - bandingkan bidang kerjaya setiap orang samada kerja sebagai guru, jurutera, doktor, polis, tentera, arkitek, jururawat, kerani, pekerja hotel dan sebagainya.
Setiap kerja tersebut adalah berlainan antara satu sama lain, dan cara pengurusan adalah berbeza secara nyata. Ini adalah beberapa pandangan tentang kerjaya guru, tentera dan doktor (Jabatan perubatan)......-
Selalunya juga kita dengar sesetengah orang menganggap kerjaya seorang guru sungguh untung, gaji besar, kerja setengah hari, cuti panjang hujung tahun dan gaji penuh dan juga adakalanya guru suka ambil kesempatan mencuri masa...tidak masuk kelas...!!! Benarkah....nanti kita ulaskan secara rumusan di akhir nanti kerjaya guru, tentera, doktor dan jururawat secara ringkas dan padat.
Gaji + elaun kerjaya sebagai tentera lagi besar daripada guru, polis, jururawat, engineer dan kakitangan sokongan serta sebilangan profesional yang lain.
Secara teorinya gaji besar bergantung kepada kebolehan serta kepakaran, tahap akademik dan senioriti seseorang dalam tempat kerja. Bagi kerja swasta, ada yang gajinya 10 kali ganda gaji kakitangan awam..tak heboh pun..kalau dah jadi lembaga pengarah sesebuah syarikat..dua ribu,,, tiga ribu tak main ler...!! betul tak..? tengak bawah:
Dalam kita menilai pendapatan seseorang tu, kita harus ingat satu perkara iaitu rezeki. Ramai juga pekerja awam yang bekerja sampingan semata-mata untuk menambah pendapatan lebih. Rajin usaha tangga kejayaan.
Dalam kerjaya sebagai guru, tidak perlu dinafikan sumbangan mereka dalam pembangunan yang kita kecapi sekarang. Titik peluh guru-guru yang membanting tulang, fikiran dan masa semasa mendidik anak bangsa tanpa mengira masa sama hujung minggu atau cuti tidak pula kita persoalkan. Mereka tak ada elaun tambah masa. Mereka juga ada keluarga yang perlu dijaga..bukan setakat anak murid sahaja.Bagaimana pula dengan mereka yang mengajar di pedalaman..? kos pengangkutan melebihi pendapatan..adakah golongan yang mengkritik tu tahu akan kesusahan mereka. Contohnya anak2 mereka sakit. Kos hendak menghantar anak mereka ke bandar sampai mencecah ribuan ringgit..tidakkah mereka kaki kritik itu memikirkannya..? Cuba tanya kita sendiri..golongan kerjaya mana yang ramai di kawasan pedalaman..? Tak lain tak bukan golongan pendidik termasuk juga dengan kakitangan aks jabatan pendidikan.
Begitu juga dengan kerjaya sebagai tentera. Tak perlu dipersoalkan tanggungjawab mereka dalam mempertahankan negara. Walaupun negara kita aman sekarang tapi tanggungjawab mereka dalam memastikan negara kita selamat dari anasir-anasir luar yang cuba menghancurkan negara kita..tidak kita ketahui. Mereka ini (tentera) sentiasa merisik, berwaspada dalam segala ancaman yang tidak diketahui oleh rakyat biasa. Tugas mereka sebagai orang pertama dalam mempertahankan negara perlu kita ingatkan. Andai kata negara kita ini dilanda peperangan....golongan orang kaya dahulu yang cabut lari keluar negara. Bagiamana dengan rakyat yang miskin dan tak berkemampuan..? Golongan tentera inilah yang akan melindungi rakyat selanjutnya. Kita kena ingat tak perlu kita pertikaikan gaji. Apa yang penting., sumbangan kita pada negara..apa yang boleh kita bantu untuk mencapai negara yang berpendapatan tinggi dan makmur. Tepuk dada tanya selera...
Kerjaya bidang perubatan seperti doktor(tak kira doktor apa) dan jururawat, attenden pula mempunyai tanggungjawab yang lain pula. Soal nyawa adalah prioriti mereka. Mereka bertugas tidak kira masa..samada waktu aman dan peperangan...Nak harapkan org2 kaya yang tolong..tentu tak boleh kerana bukan bidang mereka. Golongan orang berada pula boleh membantu dengan cara memberi sumbangan kewangan kepada golongan yang memerlukan..itupun dikira sudah memadai. Golongan perubatan ini bertanggungjawab kepada kesihatan rakyat jelata. Itulah profesyen mereka.
Akhir kata dari AK ---> Apa yang penting tanggungjawab terhadap tugas dan tidak dinafikan juga kewangan membantu kesejahteraan atau kehidupan terjamin. kalau nak tambah pendapatan, terdapat pelbagai cara lain dan semestinya ikhlas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan