Lambat daftar anak ...
Siapa tak kenal Adele (24) yang terkenal dengan lagu yang sentiasa berkumandang dalam corong-corong radio dan televisyen seluruh dunia serta bangga dengan keadaan fizikal masa kini. Lagu-lagu terkenal seperti Someone Like You, Set Fire To The Rain, Sky Fall, Take It All, Tired, Rumors Has It dan banyak lagi. Adele juga telah memenangi 6 anugerah atau piala pada 54th Grammy Awards di Staples Center, Los Angeles pada 12 Februari 2012 yang lepas.
Ok lupakan kisah lagunya. Baiklah kes macam ini pun boleh berlaku. Baru-baru ini Adele bakal didenda sebanyak seribu pound atau anggaran sebanyak RM4,900 kerana lambat mendaftar kelahiran anak lelakinya bersama tunangnya Simon Konecki selepas dilahirkan -laporan The Sun. Adele selamat melahirkan anaknya pada 19 Oktober yang lalu .
Pasangan itu tidak lama lagi mungkin akan menerima surat amaran, dan jika kelahiran telah tidak didaftarkan dalam tempoh tiga bulan. Dia mungkin seorang ibu baru, tetapi Adele mungkin sudah terlupa satu langkah yang sangat penting proses pemeliharaan kanak-kanak ialah mesti mendaftarkan kelahiran anaknya.
Adele mengumumkan kehamilannya pada bulan Jun lalu sebelum melahirkan. Tetapi beberapa maklumat lain masih belum lagi diketahui lagi termasuk nama anaknya yang baru lahir. Bagi pendapat AK mungkin Adele terlalu 'happy' sangat-sangat sampai tak ingat nak daftar anak..maklumlah anaknya yang pertama.
Sambil itu AK nak tambah gambar-gambar dalam rumah Adele di Sussex, England yang berharga $ 11 juta @ (£ 7 juta). Memang rumahnya rumah orang mewah...bayangkanlah bilik tidur ada 10 bilik. Mungkin selepas ini Adele kena tambah lagi anak kerana bilik pun banyak.
Lihat lah sendiri dan anda sendiri pun tahu menilainya. Oppsss..dikatakan rumah itu berhantu kerana ada kejadian pelek berlaku. Adele telah mengupah pengawal peribadi perempuan untuk menemaninya. Itulah, nak rumah yang besar-besar..jadi tempat tinggal hantu, jin ke aper.... AK nak rumah cukup- cukup untuk keluarga jer...Kalau AK ada lebih duit, nak buat bilik bawah tanah untuk AK main gitar elektrik..biar orang atas tak dengar..hii..hii..
.
..Ikan kekek mak iloi-iloi.....
..Dapat awek cun.. sukanya adoii..
..Silap nanti ketawa mengilai-ngilai...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan