Rabu

Gara-gara tin 'Pepsi' !..Ronaldinho hilang 500 ribu pound sterling....Ishh..ishhh..iisshhh..

Jelas dan nyata.....memang cari nahas ( lihat anak panah).....$$$$
Sidang media
Malang benar nasib Ronaldinho. Penyerang 32 tahun yang pernah dua kali menjadi pemain bola sepak terbaik dunia itu telah kehilangan kontrak kerja bernilai 500 ribu pound sterling setahun  gara-gara dua tin minuman Pepsi Cola.


Puncanya kerana Ronaldinho hadir pada  acara perjumpaan wartawan dan peminat yang diadakan oleh kelab barunya Atletico Miniero sekitar sebulan yang lepas. Pada acara tersebut ada dua tin minuman jenama 'Pepsi Cola'di atas meja dan Ronaldinho  ketika beliau sedang menjawab soalan dari wartawan. Pepsi Cola diharamkan oleh Coca Cola ,seteru perniagaan

Bekas pemain Barcelona itu memang sedang terikat kontrak kerja dengan Coca-Cola, seteru perniagaan Pepsi Cola. Gambar yang menunjukkan dua tin Pepsi Cola 'duduk' satu meja dengan Ronaldinho tentu bukan hal yang boleh diterima dari sisi profesionalisme.
"Memang jelas dia tampil  bersama tin Pepsi. Kontrak sponsor dari kami tak boleh diteruskan, ini memalukan," luah Marcelo Pontes, Pengarah Pemasaran Syarikat Coca Cola kepada akhbar O Estado de Sao Paulo seperti yang dimuat di Yahoo! Eurosport.

Karier Ronaldinho memang semakin menurun. Dia pernah bersinar bersama pasukan Barcelona kemudian berpindah ke AC Milan. Sayangnya gaya hidup Ronaldinho tidak mencerminkan seorang yang berdisiplin. Dia suka berpesta di kelab malam sampai subuh . Dia juga sering ponteng ke tempat latihan.

Bakat luar biasa Ronaldinho tidak  dijaga dan dikawal dengan baik. Kelab-kelab yang menggajinya dengan mahal pun merasa kecewa kerana wang yang dikeluarkan tidak setanding dengan penampilan dan sumbangannya di padang.


Pendapat AK. kesilapan memang satu sifat manusia...dalam hal ini, samada sengaja atau tidak tertakluk pada dia sendiri.......tin kosong Pepsi atau Coca Cola boleh dikitar semula dan kita akan dapat hasilnya..$$$

Tiada ulasan: