Isnin

Kapal Layar Mewah Akan Ceroboh Kota London

Kapal Layar Billionair Ceroboh London.

Bahang sukan olimpik akan bermula dan suasana kian meriah. Pelbagai acara menghiasi kota London sempena sukan olimpik 2012. Salah satu daripadanya ialah singgahan kapal-kapal layar mewah daripada jutawan-jutawan ternama. 

Antara kapal-kapal yang akan berlabuh di dermaga kota London ialah kapal mewah 'Octopus' kepunyaan Paul Allen, kapal 'Maltese Falcon' kepunyaan Elena Ambrosiadou (Greek), kapal 'Leander' kepunyaan Donald Gosling, kapal 'Illona' kepunyaan Frank Lowy, kapal 'Seanna' -Benetti, dan kapal 'Harle'.


Seanna -Bennetti
Illana -Frank Lowy

Maltase Falcon - Elena Ambrosiadou





Ada khabar-khabar angin  mengatakan bahawa kapal yang paling mahal $ 1 billion iaitu 'Eclipse' kepunyaan 'boss' pasukan Chelsea Abramovich akan datang ke kota London.



Kapal Eclipse ini dilengkapi dengan sistem radar, sistem peluru berpandu, perisai, 'windowsand' yang sukar ditembusi. Terdapat juga kemudahan lain selain perlindungan kesihatan, ketenteraan dan perisai pertahanan, didapati juga beberapa tempat bersantai dan menyeronokkan seperti  pawagam, disko dan akuarium besar.

Kapal-kapal ini akan berlabuh dipelbagai dermaga di kota London antaranya dermaga Canary, Royal Dock East London , Royal Albert Dock, Dock Royal Victoria,   St Katharine Docks dan King George V Dock . Terdapat kapal=kapal layar yang berlabuh sama sempena sukan olimpik. Bagi orang kaya yang ingin menikmati pelayaran sendiri, bolehlah menyewa kapal Seanna dengan bayaran sewa sebanyak £ 294,000 untuk seminggu.


AK: Tidak sanggup nak sewa kapal-kapal tu....tukar ke matawang kita....adoiii..kayuh perahu aje ler sambil pancing udang galah jer jawabnya..dapat buat lauk udang campur tempoyak....senang hati dapat tengok ikan kat bawah.....
Akuarium

Tiada ulasan: