Jumaat

Anugerah Skrin ..Isu-isu hangat dan reaksi penonton

Isu-isu Anugerah Skrin 2012 


      Memang tidak dinafikan Majlis Anugerah Skrin 2012 mempunyai tema yang kreatif dan menarik. Ianya mungkin julung-julung kali diadakan tema yang sedemikan. Oleh itu majlis tersebut tentunya tidak lari dari isu-isu yang hangat diperkatakan oleh penonton di Malaysia khususnya. 



     Selesai saja majlis anugerah skrin, pelbagai reaksi dari penonton samada yang positif dan negatif. Ramai daripada mereka meluahkan pendapat dan perasaan  dalam media sosial facebook Anugerah skrin    ( http://www.facebook.com/AnugerahSkrin )

     Pelbagai isu-isu yang yang diutarakan seperti isu kata-kata artis apabila mengeluarkan pendapat tentang majlis tersebut dan ada pihak telah meminta pendapat daripada Ustaz Azhar Idrus tentang ungkapan artis tapi menurut artis tersebut  dia hanya cuba membuat lawak . Tapi apakah pendapat beliau diterima oleh penonton dan peminat ..? Lihat gambar di bawah.



       Ada juga yang menyentuh tentang isu mendukung "Ikan  Duyung". Tengok sendiri dan anda tentu mengenali siapa artis tersebut dan terpulanglah kepada anda untuk menilai sendiri. Kalau keadaan ini dibuat dalam cereka filem, mungkin kurang yang mempersoalkannya kerana tahu ini semua lakonan tetapi..., kalau dibuat secara langsung di media, lain pula pendapat orang. 

Dukung Ikan Duyung
Ada juga penonton terhibur oleh persembahan dari artis-artis dan kebanyakkan memuji Zizan dan Pierre Andre kerana membuat persembahan yang menarik. Tidak kurang pula yang memuji kata-kata daripada Pierre Andre semasa pengucapan selepas diumumkan sebagai pemenang.


       Anugerah pelakon lelaki dan wanita terbaik juga dijadikan persoalan. Ada mereka menyatakan sepatutnya pasangan filem pemenang Anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang menang bagi kategori lelaki..Hai..macam-macam pendapat peminat-peminat. Dalam pemilihan pelakon terbaik.,bukan hanya dinilai melalui jualan tiket sahaja. Banyak kriteria-kriteria yang dinilai oleh para hakim profesional dalam menentukan siapa yang layak untuk memenangi anugerah tersebut.



      Seperti juga Anugerah Filem Terbaik dimenangi oleh filem 'Bunohan". Filem ini telah dicalonkan untuk ke pertandingan antarabangsa, jadi tak hairanlah filem ini layak dinobatkan sebagai pemenang dan bukan berdasarkan pada kutipan tiket. Filem 'Bunohan" arahan Dain said ini lakonan hero Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Wan Hanafi Su, Tengku Azura  telah dicalonkan dalam kategori Trofi filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi. Filem ini akan bertarung dengan filem-filem antarabangsa yang lain. Wow..hebat bukan....

Faizal Hussein

     Selain daripada isu-isu di atas, terdapat juga isu-isu yang menyentuh dialog-dialog yang diucapkan oleh beberapa artis antaranya dialog Neolofa iaitu apabila memanggil Datuk Rahim Razali (Sultan). Sekejap panggil "ayahanda" dan lepas itu panggil 'ayah". Adoi..yang macam ini pun kena tegur juga. Peminat mempertikaikan adakah skrip memang sengaja dibuat. Satu lagi dialog yang dapat ditangkap dengar oleh peminat ialah ada artis  menyebut ungkapan "Tuanku pekak, bisu..". Hai macam-macam pendapat dah kita dengar oleh peminat-peminat.

Neolofa

Okay, akhir sekali persoalan yang timbul pada peminat ialah siapa dia 'Nenek Kebayan"..Ramai yang mengatakan dia adalah Lisa Surihani dan ada juga mengatakan Datin Umi Aida. Untuk menjawab semua persoalan yang timbul, mari kita lihat dan buat perbandingan pakaiannya samada perempuan itu adalah "nenek kebayan"ataupun bukan. Jawapan di tangan anda sendiri. Mari kita bandingkan..! Siapa dia..?

Gambar2 :Kredit kpd Anugerah Skrin Facebook

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

minta maaf la....ntah apa2 anugerah skrin pd kali ini....kalau betul2 nak buat anugerah, buatlah spr anugerah yg lain....ni tidak....meleret-leret..dan mengarut betul....

Tanpa Nama berkata...

Artis terpaksa mengikut tema Fantasi..tetapi dialog tu tak tau adakah sudah diset atau sebaliknya..