Jumaat

Pecat..pecat....Barclays Premier League (BPL)

Situasi Pecat Memecat Yang Kerap Dalam BPL

          Dalam sukan bola sepak ini macam-macam kita telah dengar perihal bola sepak negara atau pun BPL. Dalam bolasepak negara pula, prestasi pasukan negara yang kurang memberangsangkan dalam aksi persahabatan telah mengusarkan beberapa pihak. Adakah ianya satu strategi sebelum bermulanya temasya..?


            Kita tinggalkan team negara seketika. Apa yang akan diceritakan di sini adalah kisah jurulatih-jurulatih dalam BPL  yang kena pecat oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah pengurus Chelsea Roberto Di Matteo dan beberapa hari selepas itu pengurus Queen Park Rangers Mark Hughes kena pecat.

            Kita akan terangkan serba ringkas dulu Pengurus QPR iaitu Mark Hughes. setelah mengharungi berbelas perlawanan, mata penuh masih belum dapat di cari dan ini menyebabkan pihak pengurusan QPR memecat Mark Hughes dan diganti oleh Harry Redknapp. Semasa di bawah pentadbiran Mark Hughes, pihak pengurusan membenarkan dia mencari pemain dan berkualiti tetapi prestasi pasukan mengungguli tangga terbawah sekali. 




   
      Kesian..nak buat macam mana kalau prestasi kurang memberangsangkan. Siapa yang nak rugi setelah pihak penaja melabur berjuta-juta dan pihak pengurusan telah membelanjakan banyak wang tetapi pencapaian tidak seperti yang dikehendaki. Apa

   Adakah era di bawah pengurus baru Harry Redknapp akan dapat meningkatkan prestasi pasukan QPR..? kita tunggu dan lihat nanti. sasaran adalah sekurang-kurangnya  QPR masih berada dan kekal dalam liga utama pada musim hadapan.




Chelsea...siapa tak kenal pasukan Chelsea. setelah menjuarai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah dan piala FA di bawah pengurus Roberto Di Matteo. Boss besar Chelsea iaitu Roman Abramovich terpaksa memecat Di Matteo kerana Chelsea kalah teruk  melawan Juventus tiga gol tanpa balas. Dengar khabar Roman Abramovich terkilan kerana Di Matteo tidah menurun Fernando Torres. 



Torres pemain termahal dan khabarnya pemain kesayangannya. Betul atau tidak terpulang pada anda untuk mencari jawapannya.

     Roberto Di Matteo adalah pengurus yang ke lapan kena pecat... Selepas memecat Di Matteo, ada sumber-sumber dan ura-ura mengatakan Roman Abramovich menawar jawatan tersebut kepada Pep Guardiola tetapi telah di tolak oleh Guardiola. 

    Setelah pemecatan Di Matteo, hanya beberapa jam sahaja Chelsea menawar jawatan tersebut kepada Rafael Benetez sebagai pengurus sementara.  Siapa tak nak jadi pengurus tetapi berapa lamakah Benetez akan memimpin pasukan Chelsea..sebulan,...lima bulan atau  tiga tahun...? Kita tunggu sahaja. 


Selain daripada RDM dan MH kena pecat..adakah pengurus Manchester City Roberto Mancini akan terkena tempias mereka juga..?
            
Pep-Guardiola
      




  

    








Siapa tidak kenal jutawan Russia Roman Abramovich AKA Roman Arkadyevich Abramovich. Harta dianggarkan bernilai US$11.2 billion. Beliau dilahirkan pada 24 Oktober 1966 di Saratov Soviet Union. Isteri :Irina Malandina (Lahir- 1967, Kahwin- 1991, Cerai- Mar-2007) Residen di Moscow dan mempunyai 6 orang anak.

   Nama anak-anak Roman: Anna, Arkady Sonya, Irina, Ilya dan Malandina. Isteri pertama beliau ialah Olga dan bercerai tahun 1990. Sekarang dia menjalin hubungan dengan Daria Zhukova (23) Roman Abromovich adalah Seorang pengusaha minyak ternama di Russia. nak tahu lagi pasal Roman Abramovich pergi ke http://id.wikipedia.org/wiki/Roman_Abramovich

Berikut adalah nama-nama pengurus yang pernah  memimpin pasukan Chelsea dari tahun 2003 semasa era Roman Abramovich.






Wajah
Tahun
Nama

SEPT 2000- MEI ‘04

JUN ‘04 - SEPT ‘07

SEPT 07 -  MEI ‘08

JUL ’08 - FEB ‘09

FEB ’09 - MEI ‘09

JUN ’09 - MEI ‘11

JUN ’11 - MAC ‘12

MAC ’12 - NOV ‘12





"Hold on Boss"
NOVEMBER 2012 - ?



Tiada ulasan: