Destinasi Pelancongan: SARAWAK:- Pasar Serikin & Jalan India Street di Kuching
AK baru-baru ini telah pergi
bercuti juga bersama keluarga memandangkan cuti persekolahan hujung tahun. Kalau pada cuti bulan Jun lepas ke Sabah. Hujung tahun ini destinasi AK ialah bandaraya
Kuching, Sarawak. Bandaraya ini adalah meninggalkan banyak memori buat AK
kerana di bandar inilah AK dibesarkan dan disekolahkan sehingga berusia 18
tahun sebelum AK berpindah ke bandaraya minyak menjadi tempat penginapan
tetap AK sekeluarga. Memang banyak perubahan yang ketara sejak meninggalkan
bandaraya ini selama puluhan tahun. Bangunan sekolah rendah dan menengah lama
AK pun dah tidak wujud lagi akibat kepesatan pembangunan yang memerlukan
pengorbanan.
Ini adalah kali ketiga Ak kembali
ke bandaraya Kuching ketika bercuti bersama keluarga. Kalau pergi sendiri atas urusan kerja sudah lebih sepuluh kali tapi tak ada masa nak jalan-jalan. Sememangnya tempat-tempat
yang menjadi kegemaran para pelancong di Kuching ialah Pasar Serikin, Pasar Satok dan
Jalan India Street.
AK sekeluarga pergi bersama dengan keluarga
sebelah isteri AK. Ak bertolak dari bandaraya minyak Miri jam 5.30 pagi hari
Sabtu dan sampai lebih kurang 9.00 malam di Kuching. Kalau hendak sampai awal
pun boleh sekitar jam 5 petang tapi
dengan syarat tidak berhenti atau singgah sekitar bandar-bandar lain.
Al
-maklumlah AK dengan keluarga jadi terpaksalah melayan kerenah anak-anak dan ada bandar dan pekan disinggahi untuk mengisi perut. Jauh
tu..lenguh dan mengantuk juga bawa kereta jarak jauh ..nasib baik ada “spare
driver”..isteri ler..hi..hii.. Jarak perjalanan dari Miri ke Kuching lebih
kurang 795km. Terdapat juga jalan-jalan lain dari Miri ke Kuching seperti jalan
melalui bandar Sibu iaitu Jalan Lanang jika hendak singgah ke Sibu selain Jalan
Durin.
AK
menetap di hotel di tengah bandaraya Kuching. Pada hari Ahad AK sekeluarga
terus bergerak ke Pasar Serikin sekitar jam 9.30 pagi..maklumlah badan letih
kerana perjalanan jauh dan sarapan pagi di pasar Satok.(Memang tempat utama sarapan).
Jarak dari tempat hotel AK ke Pasar Serikin,Bau (sebutan orang tempatan BAU’K) lebih
kurang 53 km dan sepatutnya memakan masa selama 45-hingga 50 minit. Pasar
Serikin bersempadan dengan Kalimantan Barat, Indonesia. AK agak lewat sampai
ke Pasar Serikin kerana banyak kenderaan menuju ke arah yang sama dan
menyebabkan kesesakan. AK tiba hampir jam 11 pagi. Keadaan memang sesak dengan
kenderaan serta orang ramai yang berbagai bangsa termasuk pelancong luar negara.
Satu
lagi kalau dah lambat sampai tu..masalah nak cari tempat letak kereta lagi satu
hal. Terpaksalah AK letak kenderaan AK di kawasan perkarangan rumah penduduk
setempat dan kena cas ‘parking’ RM2. Pandai penduduk di situ cari pendapatan lebih. Sekarang
ni semua kena bayar. Dari apa yang AK perhatikan semasa lawatan AK yang pertama dan kedua di Pasar Serikin dulu, memang banyak berubah. Semakin panjang pula kedai-kedai
sampai AK pun tak sampai ke hujung. Cuaca memang panas giler. Bagi sesiapa yang
nak melancong ke situ, kena sediakan payung. Kalau tak nak pakai payung belilah
topi yang melambak-lambak dekat situ. Peniaga kebanyakannya peniaga Indonesia
dan ada juga peniaga tempatan seperti di kantin atau gerai makanan.Pandai-pandailah
memilih kedai. Kebanyakkan barang-barang pun beraneka jenis dari barangan
kanak-kanak hingga orang dewasa. (rujuk gambar). Tentang harga pula,
pandai-pandailah tawar menawar. Sesiapa yang pakar kaki tawar menawar memang
dapat harga yang murah. AK memang juga beli
2,3 jenis barang yang ada di situ pasal barang-barang tersebut sukar nak
cari.
Lebih
kurang satu jam lebih berada di Pasar Serikin. Bagi yang bercuti ke Kuching Sarawak, destinasi ini tidak harus dilupakan. Dalam perjalanan balik kami sempat
singgah di Taman Riadah Dinasour dan Gua Buatan. Apa yang menarik dalam gua buatan ialah terdapat keris besar(gambar bawah) dan batuan serupa tempat singki yang terbentuk secara semulajadi. Dan sebelah hujung sedikit dari Taman Riadah pula ialah gua dinamakan Cave Temple . AK pun ambil peluang naik ke gua tersebut.(rujuk gambar bawah). AK juga pergi kawasan Gua Angin
(Wind Cave) tetapi tak masuk..pasal dah penat.
Jalan India Street ( India Street Pedestrian Mall )
Satu lagi kawasan yang AK nak ceritakan ialah India Street (India Street Pedestrian Mall). Masa AK lagi belajar sek. menengah dulu, lorong India Street inilah kawasan AK nak menuju ke perhentian bas semasa balik dari sekolah yang terletak seberang Sungai Sarawak. Dulu kawasan ini boleh dilalui kenderaan tetapi pada tahun 1992 Jalan India Street dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja. Menyeberang dari Pangkalan Sapi menggunakan pengangkutan utama Sungai Sarawak iaitu ‘perahu tambang’. Pangkalan jeti dulu (sekarang jadi Waterfront-ada monument bangunan segiempat lama (Square Tower 1879).
Dulu Pak Penambang hanya mendayung tetapi sekarang sudah menggunakan enjin sangkut. Perubahan yang ketara sesuai dengan peredaran masa. Kenangan yang tak AK lupa dekat kawasan Lorong India Street ialah AK berlari melalui kawasan tersebut untuk melihat Jamal Abdillah (Zack-Azura) dibawa ke mahkamah bersebelahan semasa penangkapan beliau di Kuching masa 80an dahulu. Memang ramai orang dan sesak..maklumlah hero filem “Azura” kena cekup. Itulah antara nostalgia Jalan India Street. Alamak..menyeleweng pulak dah AK nie....
Baiklah
berbalik kepada kawasan pejalan kaki iaitu Jalan India Street. Kawasan ini merupakan kawasan terkenal dan masyhur sekali bagi golongan para wanita kerana kawasan tersebut memang berlambak jual kain dengan
harga yang berpatutan. Di situ juga terdapat barang-barang untuk cendermata untuk di bawa pulang. Tempat ini sesuai untuk
para ibu bapa untuk membeli keperluan persediaan anak-anak mereka sebelum
bermula sesi persekolahan. Kawasan tersebut juga menjadi tempat penjaja kecil
lain menjual secara langsung barang-barang seperti ‘makanan tambahan’ .Kalau tak
silap AK nama ‘India Street telah dinamakan oleh Rajah Sarawak iaitu sejak 165 tahun lalu. Salah seorang peniaga terkenal yang AK kenal ialah Saudara Salleh Ahmad.
Semasa
AK berjalan-jalan di India Street, AK sempat menemu ramah seorang peniaga
kecil yang menjual barang-barang makanan tambahan @ barangan langsung. Beliau
adalah saudara Raduan Sepi berasal dari Kpg Rampangi, Kuching yang telah mula
berniaga selama 16 tahun dengan pelbagai produk-produk semasa dari produk
kecantikan hingga produk kesihatan. Menurut beliau lagi, sambutan jualan
amatlah menggalakkan dan cukup bagi menampung kehidupan sekeluarganya. Apa yang
penting ialah berniaga dengan jujur, ikhlas dan tiada paksa memaksa untuk
pengunjung membeli.
AK sempat juga melihat cara beliau melayan pengunjung yang datang dan ada yang membeli barang kesihatan dan makanan tambahan dengan rela hati. Cara beliau berkomunikasi serta melayan pelanggan dengan sopan santun dan sentiasa senyum serta tanpa paksaan mendorong pengunjung membeli produk-produk beliau. Semasa AK duduk di 'stall’ beliau, sudah empat orang pembeli. Hampir 40 minit AK bersama saudara Raduan Sepi dan AK minta izin beliau nak ambil gambar beliau. Kalau ada sesiapa berkunjung ke India Street untuk melihat atau berminat dengan produk barangan beliau, bolehlah menghubungi h/p beliau 0168966502 atau link ke alamat web ini (klik sini)
AK sempat juga melihat cara beliau melayan pengunjung yang datang dan ada yang membeli barang kesihatan dan makanan tambahan dengan rela hati. Cara beliau berkomunikasi serta melayan pelanggan dengan sopan santun dan sentiasa senyum serta tanpa paksaan mendorong pengunjung membeli produk-produk beliau. Semasa AK duduk di 'stall’ beliau, sudah empat orang pembeli. Hampir 40 minit AK bersama saudara Raduan Sepi dan AK minta izin beliau nak ambil gambar beliau. Kalau ada sesiapa berkunjung ke India Street untuk melihat atau berminat dengan produk barangan beliau, bolehlah menghubungi h/p beliau 0168966502 atau link ke alamat web ini (klik sini)
Salah satu lagi tempat yang menarik di India Street Pedestrian ialah 'Lorong Sempit' ke Masjid India (Masjid Tambi-panggilan orang tempatan-rujuk gambar). Masjid ini telah dibina oleh pedagang India muslim dari selatan India pada tahun 1873.Nama masjid ini telah ditukar kepada Masjid Bandar Kuching pada tahun 1960. Lorong sempit adalah lorong pintas ke Jalan Gambir dan ke tebingan Waterfront.
Pada tahun 2013, projek menaik taraf Jalan India Street akan dimulakan iaitu memasang bumbung di kawasan tersebut. Dengan ini masalah cuaca hujan dan panas akan diatasi demi kebaikan pengunjung-pengunjung yang berkunjung ke situ. Idea kawasan berbumbung itu timbul daripada tempat seperti Bugis Junction di Singapura dan Petaling Street di Kuala Lumpur. Berhampiran dengan kawasan pejalan kaki India Street ini ialah komplek membeli belah Merdeka Plaza yang baru dibuka pada bulan bulan Disember 2012.
AK - Jika melawat bandaraya Kuching, pastikan tempat-tempat ini dilawati termasuk Pasar Satok. Untuk makluman,.Pasar Satok akan berpindah ke kawasan baru pada 2013 dan tak jauh dari kawasan lama. Kira-kira 5-8-minit dah sampai. Hanya menyeberang Sungai Sarawak melalui Jambatan Satok. Kawasan tersebut dikenali Komplek Kubah Ria @ Medan Niaga Satok yang baru terletak di Jalan Matang.
1. Siapakah Melissa Francis ?
2. Apakah itu tarian Harlem Shake.?
6 ulasan:
Seronok ke shooping kat sana..mahal2 tak harganya?
Bole dikatakan tempat 'wajib ' pegi kalo ke kuching.Brg2 mmg murah2 dan benda yg jarang kita tgk pun ada..:)
seronok dapat mengenal tempat orang..
hello2...juz nak promote yer.. im chris adam from kuching sarawak.. juz nak bagitau yg i boleh tlg jd tourist guide korg,n sesape yg nk ke kuching sarawak.. rm230 utk 6jam,termasuk minyak n DRIVER , sekali kereta proton waja,kalau ramai,pakai kreta Alza. n driver i sendiri.. i blh bawa kemana sja yg u all nk pergi, or i blh intro tmpt yg best2, cth ::
1; kampung budaya
2: gunung santubong (jika ingin mengetahui sejarah puteri santubong,or ingin melihat bentuk gunong tersebut)
3: serikin , tebedu / sempadan indonesia,barangan murah,sperti beg,baju,kraf tangan, buah tangan,smua murah2..n bnda yg korg xpernah lihat d tmpt lain..
4:wind cave, fairy cave ,
5: menikmati rumah bidayuh (baruk)..rumah iban (rumah panjang)
6: tmpt picnic yg paling sesuai seperti (family park, jambatan merah, sungai rayu, sematan, lundu,
7: jln2 d sekitar kuching,tmpt shopping,
8: budget hotel,standard hotel,i boleh tlg cari..
9: n nak kemane jer,i blh bawa..nk uturn,nk singgah,berhenti,up to u..hehe
BANYAK LAGI SAMPAI XDPT NK LIST KAN.HEH ..
sorry kak, i juz nk promote..kot2 nk pg kuching lagi kan? i blh bawa..dont worry,im friendly..love to make friend. N THANKS..U MAY CALL ME
0149957036
Adam.( your personal driver at kuching )
facebook : chreez_devil88@yahoo.com
Sempat lagi promote tu sHeLLabLaiR ..dipersilakan kerana bagi kemudahan utk pelancong2 luar.
hello...
Catat Ulasan