Isnin

Hebatnya Cinta Halal - Nur Fahtia Dan Fahrin

Menarik Sekali - Rugi tak tengok....


       Baru-baru ini pada 15 November 2012, jam 4.00 pm, TV3 telah menayangkan telemovie istimewa Awal Muharam iaitu "CINTA HALAL" lakonan Nur Fathia Abd Latiff, dan Fahrin Ahmad.  Telemovie yang santai, menarik, selamba dan sesuai bagi semua golongan. Tema telemovie seorang gadis perempuan  yang berperwatakan keras seperti lelaki atau agak sedikit kasar sedang menjalani  kehidupan seharian. 


        Gaya cerita yang bersahaja dan amat-amat menghiburkan serta mendapat banyak pujian daripada komen penonton dalam laman youtube. AK sendiri pun rasa amat terhibur dengan jalan cerita yang  tidak membebankan fikiran  dan sememangnya  jalan cerita dan situasi cerita tersebut sememangnya biasa terjadi dalam kehidupan seharian kita. Berikut sinopsis "CINTA HALAL".

         Cinta Halal berkisar mengenai seorang gadis, Ismi Hazariah yang baru sahaja kehilangan pekerjaannya buat kali kelima lantaran dari sikapnya yang suka mencari pasal di tempat kerja. Ibu tirinya, Najihah runsing dengan masa depannya lantas memaksa Ismi untuk menghadiri temuduga sebagai Eksekutif di sebuah syarikat eksport makanan halal yang dimiliki oleh keluarga berketurunan arab. Ismi yang berwatak gila-gila dan berjiwa rockers menolak mentah-mentah kerana dia tahu etika berpakaian berkerja yang harus berpakaian muslimah. Namun atas desakan yang berterusan dia akhirnya mengalah dan menghadiri temuduga tersebut. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya mendapat pekerjaan tersebut. Ismi terpaksa melakukan pengorbanan yang besar dari segi pakaian dan tingkah laku sekadar memenuhi permintaan syarikat. Bekerja di Cahaya Holding telah membuka perspektif baru di dalam hidup Ismi. Dia mula jatuh hati terhadap pengurus syarikat, Syed Mukhriz hanya kerana perwatakannya yang kacak, tegas tetapi baik hati dan kaya. Adakah Ismi dapat bersama lelaki idamannya?  Nak tahu kesudahannya ..baik tengok sendiri..tak menyesal...
  


Antara pelakon-pelakon lain ialah  Mahmud Ali Basha, Hanez Suraya, Lydiawati, Fazlina Ahmad Daud, dan ramai lagi.

Berikut adalah antara komen-komen dari yang pernah menonton...



Pilihan petikan 13 gambar yang AK ambil dari telemovie tersebut.


























AK: Kalau nak tengok telemovie tersebut, tengok sedutan bawah nie......rugi tidak tengok....dulu link kena padam tapi ada lagi dah.. Cuba tengok kat link ini pulak http://www.youtube.com/watch?v=1sJPs_5ahYI




Link Terkini:

~ Siapakah Melissa Francis Top5 ABPBH2012 ?

Cinta Di Menara Al Burj 


Tiada ulasan: